Datuk Ruji Ubi Tekad Bawa Perubahan Nyata di Merotai, Sebut ‘PH Menang, PHRS Juga Menang’

MEROTAI, 24 November 2025 – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai, Datuk Ruji Ubi, menegaskan komitmennya untuk membawa perubahan yang boleh dirasai oleh rakyat, termasuk pembangunan yang lebih tersusun dan kemajuan yang membuka peluang baharu bagi generasi mendatang.

Dalam hantaran media sosialnya hari ini, Datuk Ruji yang juga bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa setiap pertemuan dengan masyarakat semakin mengukuhkan keyakinannya bahawa penduduk Merotai mahukan perubahan sebenar.

“Merotai tidak boleh terus berada di takuk lama. Dengan mandat daripada rakyat, inilah kawasan yang akan saya gerakkan dengan perancangan yang lebih tersusun dan kemajuan yang membawa kehidupan baharu kepada seluruh penduduk,” ujar beliau.

Beliau turut menyampaikan pesanan kepada warga setempat: “PH menang, PHRS juga menang”, sambil menekankan bahawa perjuangan mereka adalah satu – memastikan Merotai membangun secara seimbang, maju dan terbuka kepada peluang yang lebih luas.

Datuk Ruji mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Liew Yun Fah serta semua yang hadir dan berkongsi pandangan, dengan menyatakan suara mereka menguatkan tekadnya untuk bekerja lebih serius.

“Bersama, kita bangunkan Merotai menjadi sebuah kawasan yang benar-benar membesar bersama rakyatnya,” tambahnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top