Datuk Ruji Ubi Sertai Majlis Santai PDM Kuala Merotai, Tekankan Ukhuwah dan Kerjasama

Kuala Merotai, Sabah 7 November 2025 – Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ruji Ubi, semalam hadir di Majlis Santai bersama PDM Kuala Merotai, yang turut melibatkan penduduk tempatan dalam usaha mengeratkan hubungan masyarakat.

Acara santai ini dihadiri pelbagai golongan penduduk, di mana Datuk Ruji mengambil peluang untuk berbual ringan dan berkongsi pandangan mengenai isu-isu setempat. Beliau menyatakan rasa syukur atas peluang tersebut, dengan menekankan bahawa pertemuan ini boleh menjadi platform penting untuk memperkukuh semangat persaudaraan dan kerjasama.

“Alhamdulillah, hari ini berpeluang untuk berkumpul bersama penduduk Kuala Merotai dalam program santai bersama PDM Kuala Merotai. Semoga pertemuan ini menjadi medan untuk mengeratkan ukhuwah dan memperkukuh semangat kerjasama antara kita semua,” kata Ruji dalam posting di Facebook rasminya.

Datuk Ruji Ubi

Dilahirkan pada 18 Jun 1970, Ruji yang merupakan anak jati Merotai itu adalah  antara penjawat awam dari Sabah yang pernah memegang jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam Persekutuan.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Pengajian Antarabangsa (Peace & Conflict Resolutions) dari Universiti Queensland, Brisbane, Australia.

Sebelum menyandang jawatan KSU Kemeterian Perpaduan, Ruji pernah bertugas sebagai KSU Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top